Skip to main content

Galeri

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐š๐ง๐๐š ๐€๐ซ๐š๐ฌ ๐Š๐ž ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐’๐๐‘๐Œ ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ

23 Januari 2026 | Unit Integriti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) telah mengadakan sesi lawatan penanda aras ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor bagi membincangkan penganjuran Kem Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR): Youth Integrity Leadership Camp, anjuran SPRM Johor dengan kerjasama UTHM.
Delegasi UTHM diketuai oleh Puan Farah Deena binti Md Rapee, Ketua Unit Integriti UTHM, bersama Encik Muhaymin Hakim bin Abdullah, Pensyarah Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK) merangkap Penyelaras AMAR UTHM, staf Unit Integriti serta 14 orang pelajar Persatuan AMAR UTHM.
Kem AMAR bakal melibatkan penyertaan 11 buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negeri Johor dan memfokuskan kepada pembangunan kepimpinan, pembentukan sahsiah serta pengukuhan nilai integriti dalam kalangan mahasiswa.
Seusai sesi perbincangan, delegasi UTHM turut dibawa melawat fasiliti SPRM termasuk tempat tahanan pesalah kes rasuah, bilik siasatan yang dilengkapi dengan kemudahan yang canggih serta sesi penerangan berkaitan prosedur dan implikasi kesalahan rasuah. Lawatan ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman terhadap kesan serius rasuah serta memperkukuh komitmen pencegahan salah laku berintegriti dalam kalangan warga universiti.

๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐ค๐ข๐ง๐ข๐š๐ง ๐‹๐š๐ฆ๐š๐ง ๐–๐ž๐› ๐”๐ง๐ข๐ญ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข

29 Januari 2026 | Unit Integriti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Bengkel Pegemaskinian Laman Web bersama Encik Saiful Zaree bin Johar daripada Pusat Teknologi Maklumat UTHM.
Bengkel ini diadakan bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran praktikal kepada staf di Seksyen Pengkuhan dan ICT, Unit Integriti dalam mengurus serta menambah baik paparan laman web rasmi unit agar lebih sistematik, mesra pengguna dan selari dengan keperluan semasa. Teknik mereka bentuk semula paparan laman web, menukar susun atur (layout), mengemas kini kandungan, serta menyusun semula menu navigasi telah ditunjuk ajar supaya maklumat dapat dicapai dengan lebih mudah dan teratur.
Melalui penganjuran bengkel ini, Unit Integriti berharap laman web rasmi unit dapat berfungsi dengan lebih efektif sebagai salah satu platform penyebaran maklumat berkaitan isu-isu integriti, aktiviti semasa serta inisiatif pencegahan rasuah yang dilaksanakan di peringkat universiti.

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐  ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐‰๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐”๐“๐‡๐Œ

6 Februari 2026 | Unit Integriti telah mengadakan sesi kunjung hormat ke pejabat YBrs. Encik Hasry bin Harun, Pengerusi Jawatankuasa Integriti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Strategic Defence Management Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Sesi yang berlangsung selama kira-kira tiga jam itu telah membincangkan pelbagai isu berkaitan integriti, pemantapan tadbir urus serta perkongsian pengalaman dan pandangan beliau dalam memperkukuh agenda integriti organisasi.
Semoga penubuhan Jawatankuasa Integriti UTHM yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026 akan terus memperkasakan budaya integriti dan memacu kecemerlangan berterusan di UTHM.

๐€๐ง๐ฎ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐ฉ๐ž๐ง๐š๐ซ๐š๐Ÿ๐š๐ง ๐Ÿ“ ๐๐ข๐ง๐ญ๐š๐ง๐  ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ฉ๐ž๐ง๐ข๐ฅ๐š๐ข๐š๐ง ๐†๐จ๐จ๐ ๐†๐จ๐ฏ๐ž๐ซ๐ง๐š๐ง๐œ๐ž ๐‘๐š๐ญ๐ข๐ง๐  (๐†๐†๐‘) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐”๐“๐‡๐Œ

04 Mac 2026 | Unit Integriti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mencatat satu lagi detik bersejarah apabila dianugerahkan penarafan 5 Bintang dalam penilaian Good Governance Rating (GGR) 2025 UTHM. Majlis penyampaian anugerah telah berlangsung sempena Majlis Amanat Naib Canselor 2026 yang diadakan di Big Stage, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2023, GGR berperanan sebagai instrumen penting dalam menilai tahap kecekapan tadbir urus jabatan secara holistik. Pelaksanaannya menjadi landasan dalam memperkukuh amalan integriti, tahap pematuhan serta mempertingkat kualiti pengurusan dan penyampaian perkhidmatan universiti.
Anugerah ini menjadi manifestasi komitmen berterusan warga Unit Integriti dalam memastikan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan profesionalisme sentiasa diperkasa. Semoga kejayaan sulung ini menjadi pemangkin untuk terus melonjakkan kecemerlangan tadbir urus dan menyuburkan budaya integriti di UTHM.

๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ ๐š๐ฐ๐š๐ข ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐€๐ฐ๐š๐ฆ (๐Œ๐๐ˆ๐”๐€) ๐๐ข๐ฅ. ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” & ๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐‡๐š๐ฅ๐š ๐“๐ฎ๐ฃ๐ฎ ๐Œ๐๐ˆ๐”๐€ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Mesyuarat Majlis Pegawai Integriti Universiti Awam (MPIUA) Bil. 1/2026 dan Bengkel Hala Tuju MPIUA Tahun 2026 telah berlangsung pada 11 hingga 13 Februari 2026 bertempat di Universiti Putra Malaysia. Program ini menghimpunkan pegawai-pegawai Unit Integriti daripada 20 buah Universiti Awam bagi membincangkan isu semasa berkaitan integriti serta merangka hala tuju dan perancangan strategik MPIUA bagi tahun 2026.
Antara pengisian utama program termasuk Mesyuarat Tahunan MPIUA Bil. 1/2026, Bengkel Hala Tuju MPIUA yang membentangkan takwim aktiviti tahun 2026, sesi jaringan profesional, program lapangan, serta lawatan akademik. Kesemua aktiviti ini bertujuan memperkukuh kerjasama dan perkongsian amalan terbaik dalam kalangan pegawai Unit Integriti Universiti Awam.
Program ini turut menampilkan sesi perkongsian ilmu berkaitan trend dan isu semasa kes integriti. Puan Farah Deena binti Md Rapee, Ketua Unit Integriti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, dijemput sebagai penceramah untuk membentangkan topik bertajuk โ€œSkandal dan Gangguan Seksualโ€. Perkongsian ini menekankan kepentingan kesedaran, pencegahan, dan pengurusan kes gangguan seksual dalam organisasi, serta memberikan pendedahan terhadap trend dan implikasi kes tersebut terhadap reputasi organisasi.
Penyertaan Unit Integriti UTHM dalam program ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara pegawai Unit Integriti Universiti Awam serta memperkasakan usaha pembudayaan integriti secara holistik di semua peringkat Institusi Pendidikan Tinggi.

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐Š๐ก๐š๐ญ๐š๐ฆ ๐€๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐๐ž๐ง๐š๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ ๐”๐ง๐๐š๐ง๐ -๐”๐ง๐๐š๐ง๐  ๐๐š๐ง ๐”๐ง๐ข๐ญ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข

13 Mac 2026 | Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran anjuran bersama Pejabat Penasihat Undang-Undang dan Unit Integriti telah berlangsung dengan jayanya. Majlis yang telah dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Amirulhakim bin Saparudin, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam di Pusat Islam UTHM ini turut diserikan dengan sesi tazkirah ringkas namun padat berkisar tentang hukum-hakam puasa, solat & zakat. Seluruh warga Pejabat Penasihat Undang-Undang dan Unit Integriti merafakkan rasa kesyukuran di atas segala nikmat dan keharmonian tempat kerja yang telah dianugerahkan oleh Yang Maha Esa. Semoga majlis sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kami dan seterusnya meningkatkan jati diri serta integriti dalam diri masing-masing secara berterusan.

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐‚๐ž๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ก ๐„๐ญ๐ข๐ค๐š ๐๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข : ๐Œ๐ž๐ฅ๐ž๐ฌ๐ญ๐š๐ซ๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐ฎ๐๐š๐ฒ๐š ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š

22 April 2026 | Unit Integriti telah dijemput untuk menyampaikan perkongsian berkaitan etika dan integriti kepada warga kerja Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) UTHM. Sesi perkongsian ilmu ini telah disampaikan secara eksklusif oleh Puan Farah Deena binti Md Rapee, Ketua Unit Integriti UTHM.
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk menyuntik semangat warga kerja dalam membudayakan amalan etika yang tinggi demi melahirkan modal insan kelas pertama. Selain itu, para peserta turut diberikan kefahaman yang lebih jelas mengenai tatacara dan kepentingan pengisytiharan harta sebagai salah satu elemen utama dalam memelihara akauntabiliti serta ketelusan organisasi. Sesi hands-on pengisian sistem MyHarta dengan kerjasama staf PTM yang diketuai oleh Encik Haris bin Mahdan sangat membantu dalam meningkatkan pemahaman staf berkenaan tatacara penggunaan sistem tersebut dengan lebih berkesan.
Semoga segala input yang diperoleh dapat dijadikan panduan dalam memperkasakan integriti dan kualiti penyampaian perkhidmatan di universiti.

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ๐š๐ง ๐˜๐จ๐ฎ๐ญ๐ก ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ฒ ๐‹๐ž๐š๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ก๐ข๐ฉ ๐‚๐š๐ฆ๐ฉ (๐˜๐ˆ๐‹๐‚) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

27 April 2026 | Telah berlangsung Majlis Perasmian Penutupan Kem AMAR: YILC 2026 Peringkat Negeri Johor bertempat di Big Stage, PTTA UTHM anjuran SPRM Johor dengan kerjasama AMAR UTHM, Unit Integriti, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Pejabat Pengurusan Organisasi dan Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum UTHM. Majlis yang penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Hairuzam bin Mohd Amin @ Hamim, Pengarah SPRM Johor.
Kehadiran tetamu kehormat termasuk Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM, YBhg. Dato' Sri Ibrahim bin Ahmad, Timbalan Naib Canselor (HEPA), Timbalan Pengarah SPRM Johor, wakil penaja daripada TNB, serta Penasihat AMAR UTHM telah memeriahkan lagi suasana majlis.
Antara pengisian utama adalah sesi penyampaian sijil penyertaan, watikah pelantikan Penyelaras AMAR 2026, serta bacaan Aku Janji Integriti oleh para peserta YILC 2026 serta para hadirin yang hadir sebagai simbolik komitmen terhadap nilai amanah yang berterusan.
Syabas diucapkan kepada semua kepimpinan mahasiswa dan warga universiti yang komited dalam memperkasakan nilai integriti demi melahirkan generasi pemimpin yang berwibawa.

๐’๐จ๐ซ๐จ๐ญ๐š๐ง ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Œ๐ฒ ๐…๐ข๐ซ๐ฌ๐ญ ๐ƒ๐š๐ฒ ๐๐ข๐ฅ. ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

27 April 2026 |

Berlangsung hari ini di Bilik Lestari 1, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, sesi taklimat khas mengenai Integriti, Pengisytiharan Harta, dan Etika Staf telah berjaya dilaksanakan buat para staf baharu. Perkongsian yang sangat bermanfaat ini telah disampaikan secara langsung oleh Puan Farah Deena binti Md Rapee, Ketua Unit Integriti, bagi memastikan setiap warga kerja memulakan tugas dengan nilai amanah yang tinggi serta pematuhan etika penjawat awam yang jitu.
Semoga segala input yang diberikan menjadi tunjang utama dalam memacu kecemerlangan perkhidmatan di universiti ini.
Selamat datang dan selamat bertugas buat semua staf baharu!

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Š๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ : "๐Š๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข ๐‘๐ž๐ณ๐ž๐ค๐ข"

15 Mei 2026 (Jumaat). Pejabat Penasihat Undang-undang dengan kerjasama Unit Integriti telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat: โ€œKongsi Rezekiโ€ bertempat di Masjid UTHM pada hari ini, 15 Mei 2026 (Jumaat). Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi ini dilaksanakan sebagai inisiatif murni untuk memupuk nilai keprihatinan, mengukuhkan semangat kesukarelawanan, serta mempererat hubungan antara warga universiti dan komuniti setempat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak serta para sukarelawan yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan memberi manfaat yang berkesan kepada semua pihak.

๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ ๐š๐ฐ๐š๐ข ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐€๐ฐ๐š๐ฆ (๐Œ๐๐ˆ๐”๐€) ๐ค๐ž ๐’๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก๐š๐ง๐ฃ๐š๐ฒ๐š ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐๐š๐ง ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐ญ๐ข๐ฆ๐ž๐๐ข๐š ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐’๐Š๐Œ๐Œ)

08 April 2026 | Unit Integriti mengucapkan penghargaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atas sesi perkongsian ilmu dan lawatan sempena Kunjungan Hormat Majlis Pegawai Integriti Universiti Awam (MPIUA) pada 8 April 2026 di Cyberjaya.
Wakil Unit Integriti UTHM bagi kunjungan ini ialah Cik Sharifah Liyana Marissa binti Syed Abdul Malik, Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) merangkap Timbalan Setiausaha MPIUA Sesi 2025/2027.
Antara pengisian utama program ialah:
- Perkongsian berkaitan fungsi dan kuasa penguatkuasaan SKMM
- Pendedahan mengenai pengurusan kes dan ancaman jenayah siber semasa
- Perkongsian pendekatan penguatkuasaan berasaskan risikan dan teknologi AI
- Lawatan ke Makmal Digital Forensik SKMM
Semoga kunjungan ini dapat memperkukuh kerjasama strategik serta meningkatkan kefahaman berkaitan tadbir urus, integriti dan keselamatan digital dalam kalangan pegawai integriti universiti awam.

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ "๐๐ซ๐ข๐ฌ๐ค ๐–๐š๐ฅ๐ค" ๐๐ข๐ฅ ๐Ÿ‘/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐๐ž๐ง๐š๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ ๐”๐ง๐๐š๐ง๐ -๐”๐ง๐๐š๐ง๐  ๐๐š๐ง ๐”๐ง๐ข๐ญ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข

16 April 2026 | Telah berlangsung Program Brisk Walk anjuran bersama Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU) dan Unit Integriti UTHM. Program dimulakan dengan sesi pemanasan badan di Dataran Anggerik sebelum meneruskan aktiviti โ€˜brisk walkโ€™ bermula dari Pejabat PPUU menuju ke Tasik Kemajuan (berhadapan Blok G3) UTHM.
Program ini bukan sahaja bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga universiti, malah turut menjadi platform bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan antara staf. Aktiviti seperti ini juga dapat membantu meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental dalam suasana kerja yang lebih positif dan harmoni.
Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan warga kerja yang sihat, cergas dan berintegriti.

๐’๐ž๐ค๐ข๐ญ๐š๐ซ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ฎ๐š๐ฅ ๐๐ข๐œ๐š๐ซ๐š ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐”๐ฅ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Š๐ž-๐Ÿ๐Ÿ ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ญ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐ˆ๐ˆ๐Œ)

23 April 2026 | Satu majlis yang penuh bermakna telah berlangsung dengan jayanya menerusi penganjuran program Bual Bicara Integriti, bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-22 Institut Integriti Malaysia (IIM).
Lebih istimewa, majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi Institut Integriti Malaysia (IIM).
Antara pengisian utama yang menarik perhatian sepanjang program ini berlangsung adalah sesi bual bicara santai namun sarat mesej menerusi Podcast โ€˜Bikin Serupa Cakapโ€™ serta pelancaran buku eksklusif bertajuk โ€œ2 Dekad Integriti : Menjunjung Amanah, Memacu Integritiโ€, sebuah naskhah yang menelusuri perjalanan dan komitmen IIM dalam memartabatkan tatakelola negara.
Sebagai tanda sokongan padu terhadap agenda pemantapan integriti negara, barisan Pegawai Unit Integriti Universiti Awam turut hadir dan tidak melepaskan peluang merakamkan gambar kenangan bersama YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pada penghujung majlis.
Semoga penganjuran program seperti ini terus menyuntik semangat dan memperkasakan pembudayaan nilai integriti dalam perkhidmatan awam dan juga masyarakat. Integriti bermula dari kita!

๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐ˆ๐๐’๐€๐๐ˆ : ๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐๐ฎ๐๐š๐ฒ๐š ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐”๐“๐‡๐Œ

19 & 20 Mei 2026 โ€“ Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) dengan kerjasama Unit Integriti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menganjurkan Kursus INSANI (Integriti, Sahsiah dan Nilai) sebagai inisiatif memperkukuh pembudayaan integriti dalam kalangan warga universiti. Kursus yang menggunakan Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) ini akan diadakan secara berkala dan wajib dihadiri oleh semua staf UTHM. Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran terhadap kepentingan integriti, memberi pendedahan mengenai implikasi negatif rasuah serta salah guna kuasa, dan seterusnya membentuk ekosistem kerja yang lebih telus, beretika serta berakauntabiliti tinggi.
Siri pertama yang berlangsung pada 19 Mei 2026 (Selasa) telah melibatkan penyertaan seramai 37 orang staf Kumpulan Pelaksana. Kursus ini disampaikan oleh Puan Salmiha binti Saidin bersama Tuan Mohd Haffez bin Husaini daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor.
Manakala siri kedua pada 20 Mei 2026 (Rabu) pula telah disertai oleh 48 orang staf Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Pengisian kursus dikendalikan oleh Tuan Mohd Ridzuan bin Bahrin bersama Tuan Khalled bin Abdul Mobin daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor.
Pihak pengurusan berharap agar setiap pengisian, slot interaktif dan perkongsian kes sebenar sepanjang pelaksanaan kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta dalam memperkukuh nilai integriti, meningkatkan profesionalisme serta membudayakan tadbir urus yang cemerlang demi memacu kecemerlangan UTHM.

๐’๐ž๐ค๐ข๐ญ๐š๐ซ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Š๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ : ๐†๐จ๐ญ๐จ๐ง๐ -๐‘๐จ๐ฒ๐จ๐ง๐  ๐Œ๐š๐๐š๐ง๐ข

4 Jun 2026 | Telah berlangsung dengan jayanya Program Khidmat Masyarakat - Gotong-Royong Madani, hasil kerjasama strategik antara Unit Integriti dan Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU).
Aktiviti ini diadakan di sekitar Dataran Anggerik. Selain daripada menjaga kebersihan persekitaran, program ini bertujuan untuk memupuk nilai integriti, akauntabiliti, serta mengeratkan ukhuwah antara warga kerja kedua-dua pusat tanggungjawab.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua staf yang hadir memberikan komitmen .

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ๐š๐ง ๐’๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐“๐ž๐ฅ๐ž๐ค๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐ƒ๐ข๐ ๐ข๐ญ๐š๐ฅ: ๐•๐จ๐ˆ๐ ๐ƒ๐ž๐ฅ๐ญ๐š๐ฉ๐š๐ญ๐ก ๐Œ๐จ๐›๐ข๐ฅ๐ž

4 Jun 2026| Telah berlangsung Sesi Pembelajaran Sistem Telekomunikasi Digital menggunakan aplikasi VoIP Deltapath Mobile bertempat di Bilik Mesyuarat PPUU anjuran bersama Pejabat Penasihat Undang-Undang dan juga Unit integriti.
Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh Encik Muhd Farid bin Jaappar dari Seksyen Telekomunikasi Digital, PTM UTHM bertujuan mendedahkan warga kerja dengan tatacara penggunaan aplikasi VoIP bagi menggantikan telefon analog sedia ada.
Terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas kehadiran dan komitmen yang diberikan sepanjang sesi ini berlangsung demi memantapkan lagi transformasi digital organisasi.

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐ซ๐š๐ค๐ญ๐ข๐ค๐š๐ฅ (๐‡๐š๐ง๐๐ฌ-๐Ž๐ง) ๐๐ž๐ง๐ ๐ข๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐’๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐Œ๐ฒ๐‡๐š๐ซ๐ญ๐š ๐”๐“๐‡๐Œ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐”๐ง๐ข๐ญ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข

12 Jun 2026 | Telah berlangsung Sesi Praktikal (hands-on) Pengisian Sistem MyHarta UTHM bersama Unit Integriti bertempat di Student Interactive Lab, Aras 3, Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA).
Sesi ini akan dibuat secara berkala oleh Unit Integriti melibatkan semua PTj. Pada kali ini, PTj yang terlibat adalah daripada Pejabat Pengurusan Fasiliti (PPF) dan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UTHM. Ia bertujuan untuk memberikan kefahaman jelas serta bimbingan secara langsung mengenai tatacara pengisytiharan harta yang tepat dan teratur selaras dengan prinsip akauntabiliti organisasi.
Sesi bimbingan ini telah dikendalikan oleh Ketua Unit Integriti dengan dibantu oleh barisan fasilitator daripada Pejabat Teknologi Maklumat (PTM) iaitu Encik Haris bin Mahdan, Puan Nur Dalilah Diyana binti Nordin, dan Encik Muhamad Nazrin bin Zulkifli.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan fasilitator PTM atas bimbingan yang diberikan, serta seluruh staf PPF dan HEP atas komitmen penuh sepanjang sesi ini berlangsung.

๐–๐ž๐›๐ข๐ง๐š๐ซ ๐€๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข "๐Š๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐“๐š๐ง๐ฉ๐š ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐ž๐ซ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ซ๐ข"

26 Jun 2026 | Unit Integriti telah berjaya menganjurkan sesi Webinar Integriti: "Kuasa Tanpa Integriti Menjerat Diri". Topik penting ini amat bertepatan dan dekat di hati seluruh warga kerja Universiti dalam memelihara amanah serta mengelakkan salah guna kuasa.
Penstriman langsung melalui saluran YouTube UTHM TV tersebut telah berjaya menambat hati lebih kurang 300 penyertaan daripada kalangan warga kampus dan luar kampus. Penceramah Jemputan, YBrs. Puan Mahfuzah binti Baharin, Ahli Lembaga Pengarah Universiti merangkap Ahli Jawatankuasa Integriti UTHM telah berkongsi ilmu dan pengalaman berharga beliau mengenai impak penyalahgunaan kuasa serta kepentingan integriti dalam memperkukuh jati diri.
Semoga para peserta mendapat manfaat yang mendalam dan sentiasa menjauhi sifat-sifat yang boleh menjejaskan nilai moral, etika, serta kecemerlangan organisasi.

๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐ˆ๐๐’๐€๐๐ˆ : ๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐๐ฎ๐๐š๐ฒ๐š ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐”๐“๐‡๐Œ

2 Julai 2026 โ€“ Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) dengan kerjasama Unit Integriti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menganjurkan Kursus INSANI (Integriti, Sahsiah dan Nilai) sebagai inisiatif memperkukuh pembudayaan integriti dalam kalangan warga universiti. Kursus yang menggunakan Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) ini akan diadakan secara berkala dan wajib dihadiri oleh semua staf UTHM. Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran terhadap kepentingan integriti, memberi pendedahan mengenai implikasi negatif rasuah serta salah guna kuasa, dan seterusnya membentuk ekosistem kerja yang lebih telus, beretika serta berakauntabiliti tinggi.
Siri ketiga yang berlangsung pada 2 Julai 2026 (Rabu) telah melibatkan penyertaan seramai 30 orang staf Kumpulan Ketua Pusat Tanggungjawab. Kursus ini disampaikan oleh Tuan Mohd Ridzuan bin Bahrin bersama Tuan Mohd Haffez bin Husaini daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor.
Pihak pengurusan berharap agar setiap pengisian, slot interaktif dan perkongsian kes sebenar sepanjang pelaksanaan kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta dalam memperkukuh nilai integriti, meningkatkan profesionalisme serta membudayakan tadbir urus yang cemerlang demi memacu kecemerlangan UTHM.

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐ค๐ž ๐Œ๐ฎ๐ณ๐ข๐ฎ๐ฆ ๐๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ซ๐š ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

MELAKA, 22 JULAI 2026 โ€“ Unit Integriti dengan kerjasama Kelab Staf UTHM (KSUTHM) telah menganjurkan Lawatan Pengukuhan Integriti ke Muzium Penjara Malaysia, Melaka.
Program yang disertai seramai 50 orang staf UTHM ini bertujuan memberi pendedahan secara terus serta mengambil iktibar daripada implikasi pelanggaran etika dan perundangan. Melalui aktiviti ini, nilai integriti dalam kalangan warga UTHM diharapkan dapat terus dipupuk dan diperkasakan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Muzium Penjara Malaysia atas kerjasama yang diberikan, serta seluruh peserta yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐๐ข๐š๐š๐ง ๐†๐š๐ซ๐ข๐ฌ ๐๐š๐ง๐๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ง๐๐š๐ฅ๐ข๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ ๐†๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐š๐ง ๐’๐ž๐ค๐ฌ๐ฎ๐š๐ฅ ๐”๐“๐‡๐Œ

03 Ogos 2026 | Unit Integriti UTHM telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual di Bilik Seminar Seri Siantan, Bangunan Pejabat Pendaftar, UTHM.
Bengkel ini bertujuan mewujudkan prosedur kerja yang teratur dan sistematik bagi pengendalian kes gangguan seksual, sekali gus memperkasakan ekosistem kampus yang selamat, kondusif, dan berintegriti.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan sumbangan idea sepanjang program ini berlangsung.

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐“๐š๐ค๐ฅ๐ข๐ฆ๐š๐ญ ๐€๐ฎ๐๐ข๐ญ ๐’๐๐ˆ๐๐„ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ญ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐ˆ๐ˆ๐Œ)

10 Ogos 2026 | Sesi Taklimat Audit Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) anjuran Unit Integriti UTHM telah berjaya dilaksanakan.
Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Harisham bin Ibrahim, Ketua Pegawai Sektor Operasi IIM. Fokus utama perkongsian adalah pengenalan kepada instrumen penilaian kendiri SPINE yang bertujuan mengukur risiko, merawat tahap kesihatan organisasi, serta memacu reformasi integriti universiti.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak IIM serta semua yang hadir atas komitmen yang diberikan dalam menjayakan inisiatif baharu ini.

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐–๐ž๐›๐ข๐ง๐š๐ซ ๐€๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข : "๐Œ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š ๐Š๐ž๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง, ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐“๐ž๐ซ๐ฉ๐ž๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ซ๐š"

28 Ogos 2026 | telah berlangsung Webinar Aspirasi Integriti : "Merdeka Kewangan, Integriti Terpelihara" secara atas talian melalui platform Youtube UTHM TV

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Œ๐ฒ ๐…๐ข๐ซ๐ฌ๐ญ ๐ƒ๐š๐ฒ ๐๐ข๐ฅ. ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

UTHM | 16 MEI 2025 | Unit Integriti telah dijemput oleh Pejabat Sumber Manusia Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk menyampaikan taklimat berkaitan hal ehwal integriti kepada seramai lebih kurang 30 orang staf baharu yang melapor diri sepanjang tempoh Januari hingga Mei 2025. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Farah Deena binti Md Rapee, Ketua Unit Integriti UTHM.
Inisiatif melalui program My First Day ini diharap dapat meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan staf baharu, khususnya berkaitan aspek disiplin, etika kerja, dan pematuhan terhadap peraturan yang berkuat kuasa. Semoga usaha ini dapat menyumbang kepada pemerkasaan budaya integriti serta memastikan kecemerlangan dan imej UTHM terus terpelihara.

๐”๐ง๐ข๐ญ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐”๐“๐‡๐Œ ๐‰๐š๐ฅ๐ข๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐’๐ญ๐ซ๐š๐ญ๐ž๐ ๐ข๐ค ๐ƒ๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ค๐ญ๐š๐› ๐๐ƒ๐‘๐Œ ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐‹๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ

UTHM | 22 Mei 2025 โ€“ Unit Integriti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada inisiatif kerjasama strategik untuk memperkukuh ilmu dan kemahiran dalam aspek teknik penyiasatan dalaman serta pengurusan dokumentasi kes.
Delegasi lawatan telah diketuai oleh Puan Farah Deena binti Md Rapee, Ketua Unit Integriti, bersama pegawai dan staf Unit Integriti serta wakil pegawai daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang UTHM.
Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh YDH Puan SAC Wong Ing Fung, Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan, bersama barisan pegawainya. Sesi lawatan diserikan dengan perkongsian ilmu berkaitan teknik penyiasatan dalaman yang telah disampaikan oleh Tuan DSP PM Sundar A/L Muniandy.
Melalui sesi lawatan ini, diharapkan ia dapat memantapkan lagi peranan Unit Integriti dalam pengurusan aduan serta pelaksanaan siasatan dalaman, sejajar dengan komitmen UTHM terhadap tadbir urus yang cekap dan berintegriti.

๐–๐ž๐›๐ข๐ง๐š๐ซ ๐๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ญ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐„๐ญ๐ข๐ค๐š & ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข : "๐Š๐ž๐ซ๐š๐ง๐š ๐ƒ๐ข๐ซ๐ข๐ฆ๐ฎ ๐๐ž๐ ๐ข๐ญ๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐ก๐š๐ซ๐ ๐š"

UTHM | 12 Jun 2025 โ€“ Satu sesi Webinar Pemantapan Etika dan Integriti telah berjaya dianjurkan oleh Unit Integriti dan Pejabat Penasihat Undang-Undang, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman para peserta tentang kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni serta etika kerja yang luhur dalam tugasan seharian. Program ini telah berjaya menarik penyertaan yang memberangsangkan daripada warga UTHM.
Webinar ini menampilkan perkongsian hebat dan bermanfaat daripada YBrs. Prof. Madya Dr. Asri bin Selamat, mantan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), yang kini merupakan Pensyarah Sanjung dan Penyelaras Pembangunan Karakter UTHM. Beliau berjaya menyampaikan topik dengan berkesan, diselangi dengan pesanan bermakna serta elemen santai dan menghiburkan.
Mesej utama program ini bahawa nilai-nilai murni, budaya kerja yang beretika dan berintegriti bukan sekadar konsep teori, tetapi harus diamalkan secara konsisten dalam budaya kerja harian. Sesebuah organisasi yang berteraskan integriti akan lebih dipercayai dan dihormati. Diharapkan, warga UTHM memperoleh manfaat daripada sesi ini dan terus menghayati nilai integriti sebagai sebahagian daripada falsafah hidup.

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐ค๐ž ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐’๐๐‘๐Œ ๐๐š๐ญ๐ฎ ๐๐š๐ก๐š๐ญ

UTHM | 17 JUN 2025 | Unit Integriti telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat sebagai usaha memperkukuh serta memperkasakan tadbir urus serta budaya integriti dalam organisasi.
Sesi lawatan Unit Integriti telah diketuai oleh Puan Farah Deena Binti Md Rapee, Ketua Unit Integriti, bersama pegawai dan staf Unit Integriti. Kunjungan ini turut membuka ruang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam memperhebat pelaksanaan inisiatif berkaitan integriti dan pencegahan rasuah.
Dalam sesi lawatan tersebut, Tuan Mohd Fauzi bin Shadollah, Ketua SPRM Batu Pahat telah berkongsi pelbagai maklumat berkaitan fungsi serta peranan SPRM, termasuk pengalaman lapangan dan cabaran dalam membanteras gejala rasuah. Selain itu, perbincangan turut diadakan mengenai potensi penganjuran bersama dengan pihak UTHM bagi pelaksanaan program pendidikan dan kesedaran pencegahan rasuah pada masa hadapan.
Unit Integriti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak SPRM Batu Pahat atas sambutan mesra dan kesediaan berkongsi ilmu serta pandangan yang amat bermanfaat.

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ข๐œ๐š๐ซ๐š ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข : โ€œ๐๐š๐ญ๐š๐ฌ ๐Š๐š๐›๐ฎ๐ซ : ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ฅ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐“๐š๐ง๐ฉ๐š ๐’๐ž๐๐š๐ซ ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Š๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ขโ€

10 Julai 2025 | Unit Integriti telah melakar satu lagi langkah proaktif dalam memperkukuh budaya integriti dan ketelusan melalui Ikrar Bebas Rasuah yang disusuli dengan Program Bicara Integriti : โ€œBatas Kabur : Kesilapan Tanpa Sedar Dalam Kuasa dan Integritiโ€ bertempat di Big Stage, Aras 2, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Kampus Induk UTHM.
Program ini dianjurkan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran di kalangan warga UTHM mengenai ius-isu pelanggaran prinsip etika dan penyalahgunaan kuasa yang boleh memberi kesan kepada reputasi dan imej organisasi.
Bacaan Ikrar Bebas Rasuah telah diketuai oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid bin Abdul Razzaq, menjalankan fungsi Naib Canselor UTHM disaksikan oleh Penolong Pesuruhjaya (PPj) Tuan Mohd Fauzi Bin Shadollah, Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Batu Pahat dan seterusnya mereka telah menandatangani replika Ikrar Bebas Rasuah sebagai acara simbolik penyempurnaan majlis ikrar tersebut.
Memetik ucapan YBhg. Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid bin Abdul Razzaq, bahawa ikrar yang dilafazkan hari ini bukan hanya satu acara simbolik, tetapi cerminan tekad bersama untuk menolak sebarang bentuk penyelewengan, salah guna kuasa atau salah laku integriti, sama ada dalam urusan pentadbiran, kewangan, penyelidikan mahupun hubungan dengan masyarakat luar.
Semoga warga UTHM terus komited dalam memelihara budaya tadbir urus yang berintegriti dan ikrar bebas rasuah bukan sekadar slogan, tetapi satu amanah dan juga tanggungjawab bersama.

๐Š๐จ๐ง๐ฏ๐ž๐ง๐ฌ๐ฒ๐ž๐ง ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐๐š๐ง ๐”๐ง๐๐š๐ง๐ -๐”๐ง๐๐š๐ง๐  ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐“๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข (๐ˆ๐๐“) ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

20-21 Ogos 2025 | Majlis Pegawai Integriti Universiti Awam (MPIUA) dengan kerjasama Majlis Penasihat Undang-Undang (MPUU) telah berjaya menganjurkan Konvensyen Integriti dan Undang-Undang Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Tahun 2025, yang berlangsung pada 20 hingga 21 Ogos 2025 bertempat di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor. Konvensyen ini menjadi platform penting bagi pegawai integriti dan undang-undang di universiti awam untuk berkongsi amalan terbaik serta mencari solusi bagi penambahbaikan dalam bidang ini.
Konvensyen ini menyasarkan lima objektif utama yang berfokuskan kepada:
1) Perkongsian Amalan Terbaik antara staf Unit Integriti dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Universiti Awam di Malaysia.
2) Memperkukuhkan Peranan Unit Integriti dan Pejabat Penasihat Undang-Undang melalui kerjasama strategik dalam mempertingkatkan pengurusan integriti dan kesedaran undang-undang.
3) Mencari Solusi Penambahbaikan dalam aspek integriti dan undang-undang di Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia.
4) Meningkatkan Penjenamaan MPIUA dan MPUU agar lebih dikenali dan relevan dalam landskap pendidikan tinggi negara.
5) Menyediakan Resolusi berkaitan integriti dan undang-undang yang akan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi dasar penambahbaikan yang lebih mantap.
Konvensyen ini turut disertai oleh wakil daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), yang terdiri daripada:
- Puan Farah Deena binti Md Rapee (Ketua Unit Integriti)
- Puan Norliah binti Yaakub (Penasihat Undang-Undang)
- Puan Nafisah binti Hamzah (Pegawai Undang-Undang)
- Cik Sharifah Liyana Marissa binti Syed Abdul Malik (Pegawai Integriti)
Mereka telah aktif terlibat dalam sesi-sesi yang membincangkan isu-isu integriti dan undang-undang yang relevan dalam konteks pengurusan dan tadbir urus di Institusi Pendidikan Tinggi.
Salah satu sesi yang menjadi perhatian utama adalah pembentangan kertas kerja bertajuk "Isu-isu Perundangan dan Integriti dalam Aktiviti Pengkomersilan di Universiti Awam" yang telah disampaikan oleh Puan Norliah binti Yaakub, Penasihat Undang-Undang UTHM. Beliau memberikan wawasan mendalam tentang cabaran-cabaran perundangan yang dihadapi oleh universiti awam dalam melaksanakan aktiviti pengkomersilan, serta kepentingan mengekalkan tahap integriti yang tinggi dalam setiap transaksi dan kerjasama yang dijalankan.
Konvensyen ini memberikan peluang untuk meningkatkan kerjasama antara universiti dalam aspek pengurusan integriti dan perundangan. Diharapkan agar hasil daripada perbincangan dan cadangan yang diketengahkan dalam konvensyen ini dapat menjadi langkah positif dalam mempertingkatkan lagi keberkesanan integriti dan tadbir urus di universiti-universiti awam di Malaysia.

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ข๐œ๐š๐ซ๐š ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข โ€œ๐๐ž๐ญ๐ฎ๐ฅ๐ค๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ข๐š๐ฌ๐š, ๐๐ข๐š๐ฌ๐š๐ค๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ญ๐ฎ๐ฅโ€ ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐’๐ญ๐š๐Ÿ ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ฉ๐ฅ๐จ๐ฆ๐š

02 Oktober 2025 | Pusat Pengajian Diploma (PPD) telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Program Bicara Integriti dengan tajuk โ€œBetulkan yang Biasa, Biasakan yang Betulโ€ yang disampaikan oleh Puan Farah Deena binti Md Rapee, Ketua Unit Integriti UTHM. Sepanjang sesi ceramah, para peserta telah diberikan pendedahan tentang isu-isu melibatkan etika dan integriti serta perkaitannya dengan tugas harian, bentuk-bentuk salah laku tatatertib, serta implikasi undang-undang dan organisasi terhadap pelanggaran integriti. Sesi ini juga menekankan kepentingan menggunakan saluran aduan yang betul dan memahami peranan pegawai penilai dalam mengendalikan kes salah laku integriti. Program ini diharap dapat memperkukuh budaya kerja beretika dan berintegriti dalam kalangan staf UTHM terutama kepada warga kerja PPD

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Œ๐ฎ๐ฌ๐ญ ๐Œ๐จ๐ฏ๐ž: ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐š๐ซ ๐‹๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ง๐ฎ๐ฃ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐๐š๐ข๐› ๐‚๐š๐ง๐ฌ๐ž๐ฅ๐จ๐ซ ๐๐š๐ง ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐€๐ฆ๐š๐ง๐š๐ญ ๐๐š๐ข๐› ๐‚๐š๐ง๐ฌ๐ž๐ฅ๐จ๐ซ

16 Oktober 2025 | Program Must Move: Melakar Langkah Menuju Kesejahteraan Kampus Bersama Naib Canselor dan Program Amanat Naib Canselor telah berjaya dianjurkan oleh Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat (PPKK) dengan kerjasama Unit Integriti serta Pusat Sukan dan Kebudayaan UTHM. Bermula pada jam 7.50 pagi hingga 10.00 pagi, program ini telah menarik penyertaan meluas dalam kalangan staf dan pelajar UTHM. Penganjuran ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat, memperkukuh semangat kebersamaan warga kampus serta menyemai nilai integriti dan kesejahteraan dalam kalangan komuniti universiti. Trek cabaran pada kali ini adalah "Teguh Berintegriti" di mana para peserta perlu melalui trek berbentuk penukul Hakim. Selain itu program turut diserikan dengan peluncuran sambutan Bulan Integriti Nasional peringkat UTHM Tahun 2025.

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐๐š๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐“๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

06 Oktober 2025 | Majlis Sambutan Hari Integriti Nasional Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Za'ba, KPT. Puan Farah Deena binti Md Rapee dan Cik Sharifah Liyana Marissa binti Syed Abdul Malik telah hadir ke program tersebut mewakili pihak UTHM. Hari Integriti Nasional pada tahun ini bertemakan โ€œIntegriti Teras Kesejahteraan Negaraโ€ selaras dengan agenda negara agar menjadikan integriti sebagai asas utama dalam setiap tindakan dan keputusan.

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐ˆ๐ค๐ซ๐š๐ซ ๐๐ž๐›๐š๐ฌ ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก ๐”๐ง๐ข๐ญ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐”๐“๐‡๐Œ

Unit Integriti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya melaksanakan Sesi Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi meneguhkan budaya integriti dan menolak rasuah dalam kalangan warga kerja. Sesi ini berlandaskan teks ikrar rasmi SPRM, di mana semua staf Unit Integriti berikrar untuk mematuhi undang-undang serta menolak sebarang salah guna kuasa.
Pelaksanaan sesi ini yang juga merupakan salah satu program di bawah sambutan Bulan Integriti Nasional Peringkat UTHM 2025, menegaskan komitmen semua PTj terhadap isu akauntabiliti, ketelusan, dan profesionalisme serta memperkukuh imej UTHM sebagai institusi yang menghargai amalan integriti dalam tugas seharian.

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐š๐ง๐๐š๐š๐ซ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐ค๐ž ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐๐š๐ง ๐Ž๐ฆ๐›๐ฎ๐๐ฌ๐ฆ๐š๐ง ๐”๐Š๐Œ

19 Disember 2025 | Unit Integriti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan sesi lawatan penandaarasan ke Pusat Integriti dan Ombudsman, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Jumaat, 19 Disember 2025. Delegasi UI diketuai oleh Pn. Farah Deena binti Md Rapee bersama pegawai dan staf UI dan telah disambut oleh Prof. Dr. Zinatul 'Ashiqin Zainol, Pengarah Pusat Unit Integriti dan Ombudsman beserta Pegawai-pegawai beliau.
Sesi lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat serta perkongsian amalan terbaik berkaitan pelaksanaan fungsi Unit Integriti di institusi pengajian tinggi awam. Fokus utama lawatan adalah meliputi aspek fungsi dan peranan Unit Integriti dan Ombudsman, struktur organisasi, deskripsi tugas pegawai dan staf sokongan, pengurusan serta proses pelaporan aduan, selain pelaksanaan program pembudayaan dan pengukuhan integriti.
Melalui sesi perkongsian dua hala ini, delegasi UTHM berpeluang menimba pengalaman serta mendapatkan pandangan praktikal daripada UKM yang boleh dijadikan rujukan dalam usaha penambahbaikan dan pemantapan tadbir urus serta sistem integriti di UTHM.
Diharapkan lawatan penandaarasan ini dapat menyumbang kepada pengukuhan peranan Unit Integriti UTHM secara lebih berkesan, selaras dengan komitmen universiti dalam membudayakan nilai integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam perkhidmatan.

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ซ๐ข ๐”๐ง๐ข๐ญ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐”๐Œ๐“ (๐ค๐ข๐ซ๐ข) ๐๐š๐ง ๐”๐๐ˆ๐Œ๐€๐’ (๐ค๐š๐ง๐š๐ง) ๐ค๐ž ๐”๐ˆ ๐”๐“๐‡๐Œ ๐ฉ๐š๐๐šย ๐Ÿ‘๐ŸŽย ๐Œ๐ž๐ขย ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’

MESYUARAT DAN BENGKEL MAJLIS PEGAWAI INTEGRITI UNIVERSITI AWAM (MPIUA)

๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ ๐š๐ฐ๐š๐ข ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐€๐ฐ๐š๐ฆ (๐Œ๐๐ˆ๐”๐€)

๐๐ข๐œ๐š๐ซ๐š ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข: ๐€๐ฆ๐š๐ง๐š๐ก ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ซ๐ข ๐’๐ฎ๐๐ฎ๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ฉ๐ž๐ค๐ญ๐ข๐Ÿ ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ

๐๐ข๐œ๐š๐ซ๐š ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข: ๐๐ž๐ญ๐ฎ๐ฅ๐ค๐š๐ง ๐˜๐š๐ง๐  ๐๐ข๐š๐ฌ๐š, ๐๐ข๐š๐ฌ๐š๐ค๐š๐ง ๐˜๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ญ๐ฎ๐ฅ

๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐‘๐ž๐ฌ๐จ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ ๐š๐ฐ๐š๐ข ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข (๐Œ๐๐ˆ) ๐ƒ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐š๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ ๐”๐ง๐๐š๐ง๐ -๐”๐ง๐๐š๐ง๐  (๐Œ๐๐”๐”) ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐€๐ฐ๐š๐ฆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’

๐๐ž๐ฅ๐š๐ง ๐€๐ง๐ญ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก ๐”๐“๐‡๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘-๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ•

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐š๐ง๐๐š ๐€๐ซ๐š๐ฌ (๐๐ž๐ง๐œ๐ก๐ฆ๐š๐ซ๐ค๐ข๐ง๐ ) ๐๐š๐ง ๐‰๐š๐ฅ๐ข๐ง๐š๐ง ๐’๐ข๐ฅ๐š๐ญ๐ฎ๐ซ๐š๐ก๐ข๐ฆ ๐ค๐ž ๐”๐ง๐ข๐ญ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข, ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐“๐ž๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐Œ๐€๐‘๐€ (๐”๐ข๐“๐Œ)

๐…๐จ๐ซ๐ฎ๐ฆ ๐๐ข๐œ๐š๐ซ๐š ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข : ๐‰๐ž๐ง๐š๐ฒ๐š๐ก ๐†๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐š๐ง ๐’๐ž๐ค๐ฌ๐ฎ๐š๐ฅ

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐š๐ง๐๐š ๐€๐ซ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐”๐ง๐ข๐ญ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐”๐“๐‡๐Œ ๐Š๐ž ๐”๐Œ๐“ ๐ƒ๐š๐ง ๐”๐๐ˆ๐’๐™๐€

๐“๐š๐ค๐ฅ๐ข๐ฆ๐š๐ญ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข๐ค ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐’๐š๐ง๐ ๐ ๐š๐ซ ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐๐š๐ฌ๐œ๐š๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐š๐ณ๐š๐ก ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐”๐ฆ๐ฎ๐ฆ ๐ƒ๐š๐ง ๐Š๐จ-๐Š๐ฎ๐ซ๐ข๐ค๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฆ (๐๐๐”๐Š)

๐๐ข๐œ๐š๐ซ๐š ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐ญ ๐๐š๐๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ค๐š๐ง๐ฎ๐ง ๐๐š๐ง ๐‘๐ข๐ฌ๐ข๐ค๐จ ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก

Aktiviti Kesihatan dan Kerohanian

Monthly Brisk walk

Program Didik Nurani

Program Didik Nurani