Skip to main content

LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING) DAN JALINAN SILATURAHIM KE UNIT INTEGRITI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

Pada 31 Julai 2024 (Rabu), Unit Integriti UTHM telah mengadakan Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) dan Jalinan Silaturahim ke Unit Integriti, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Sesi lawatan ini adalah salah satu usaha proaktif ke arah pengembangan dalam memantapkan fungsi Unit Integriti serta mengenal pasti sistem yang diguna pakai oleh pihak Unit Integriti UiTM untuk diaplikasikan di UTHM. Dilegasi UTHM diketuai oleh Cik Rohana binti Dollah, Ketua Unit Integriti UTHM dan disertai oleh pegawai-pegawai daripada Unit Integriti, Pejabat Penasihat Undang-Undang dan Pusat Teknologi Maklumat.