Skip to main content

Taklimat Integriti Akademik Dalam Program Sanggar Kerja Pascasiswazah Pusat Pengajian Umum Dan Ko-Kurikulum (PPUK)

Staf akademik PPUK dan Pusat Pengajian Bahasa (PPB) telah berpeluang mengikuti taklimat berkenaan dalam program anjuran PPUK pada 5 November 2024 (Selasa) jam 3.30 petang bertempat di Galeri Ilmu PPUK. Taklimat yang disampaikan oleh Cik Rohana Dollah, Ketua Unit Integriti adalah berkisar mengenai peranan staf akademik khususnya dalam urusan penyeliaan dan penilaian pelajar penyelidikan di peringkat sarjana dan doktor falsafah, di samping turut menekankan aspek integriti akademik dalam pelaksanaan 7P di mana perkara yang amat penting adalah mematuhi peraturan yang berkuatkuasa terutamanya Akta 605. Ini kerana akan ada kemungkinan berlaku pelbagai isu dalam ekosistem akademik seperti kepentingan diri, plagiarisme dan gangguan seksual. Staf akademik juga diingatkan mengenai kepentingan mengamalkan etika budaya kerja yang baik iaitu penggunaan bahasa dalam berkomunikasi, pemakaian dan penampilan, dan juga pengurusan emosi.