PENGENALAN
Keputusan Kerajaan untuk mewujudkan Unit Integriti di semua universiti awam dikuatkuasakan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2013 mulai 1 Ogos 2013 (digantikan oleh Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Tahun 2022, Ceraian SP.1.2.1)
| Unit ini berperanan untuk memastikan warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh serta meningkatkan semangat patriotisme. Penubuhan Unit Integriti juga adalah sebagai langkah dalam membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan warga universiti. Ianya bagi melahirkan warga kerja yang berintegriti dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan orang awam terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh PLANMalaysia.
PERANAN
Memastikan warga universiti mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh supaya dapat membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan staf.
OBJEKTIF
Objektif 1
Memberikan hala tuju dan bimbingan kepada warga supaya mewujudkan sikap bekerjasama, bersatu padu, berintegriti, bermoral dan beretika.
Objektif 2
Meningkatan kesedaran, komitmen dan kerjasama warga dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya dan amalan di kalangan warga universiti.
Objektif 3
Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan warga universiti serta mendorong perkembangan masyarakat yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti.