Skip to main content

Taklimat Integriti Akademik Dalam Program Sanggar Kerja Pascasiswazah Pusat Pengajian Umum Dan Ko-Kurikulum (PPUK)

Taklimat Integriti Akademik Dalam Program Sanggar Kerja Pascasiswazah Pusat Pengajian Umum Dan Ko-Kurikulum (PPUK)

Staf akademik PPUK dan Pusat Pengajian Bahasa (PPB) telah berpeluang mengikuti taklimat berkenaan dalam program anjuran PPUK pada 5 November 2024 (Selasa) jam 3.30 petang bertempat di Galeri Ilmu PPUK. Taklimat yang disampaikan oleh Cik Rohana Dollah, Ketua Unit Integriti adalah berkisar mengenai peranan staf akademik khususnya dalam urusan penyeliaan dan penilaian pelajar penyelidikan di peringkat sarjana dan doktor falsafah, di samping turut menekankan aspek integriti akademik dalam pelaksanaan 7P di mana perkara yang amat penting adalah mematuhi peraturan yang berkuatkuasa terutamanya Akta 605. Ini kerana akan ada kemungkinan berlaku pelbagai isu dalam ekosistem akademik seperti kepentingan diri, plagiarisme dan gangguan seksual. Staf akademik juga diingatkan mengenai kepentingan mengamalkan etika budaya kerja yang baik iaitu penggunaan bahasa dalam berkomunikasi, pemakaian dan penampilan, dan juga pengurusan emosi.


Read more …Taklimat Integriti Akademik Dalam Program Sanggar Kerja Pascasiswazah Pusat Pengajian Umum Dan...

  • Hits: 122

Lawatan Penanda Arasan Unit Integriti UTHM Ke UMT Dan UNISZA

Lawatan Penanda Arasan Unit Integriti UTHM Ke UMT Dan UNISZA

Satu lawatan penanda arasan telah diadakan pada 9 Oktober 2024 (Rabu) ke dua (2) buah Universiti Awam di pantai timur iaitu Universiti Malaysia Trengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bertujuan berkongsi maklumat dan pengalaman bersama. Lawatan berkenaan menggabungkan dua pejabat iaitu Unit Integriti yang diwakili oleh Cik Rohana Dollah, Ketua Unit Integriti bersama Pejabat Penasihat Undang-undang yang diketuai oleh Pn. Norliah Yaakub, Penasihat Undang-undang serta beberapa orang staf pejabat tersebut. Selain daripada pertemuan melibatkan kedua-dua unit/pejabat berkenaan, rombongan telah berpeluang beramah mesra dengan Naib Canselor dan Pendaftar UniSZA yang telah sudi meluangkan masa. Delegasi juga telah dibawa melawat Institut Oseanografi dan Sekitaran di UMT.


Read more …Lawatan Penanda Arasan Unit Integriti UTHM Ke UMT Dan UNISZA

  • Hits: 173